Fenomena banjir di JB
Wednesday, December 20, 2006
Mata memandang.. Telinga mendengar.. Badan merasa.. Akal berfikir @ menilai.. Hati menentukan.. Mulut membisu.. maka tangan berbicara...



Erm.. lagi bala malapetaka yang Allah turunkan kat Malaysia.. Banjir besar dia JB selepas 3 hari hujan lebat tanpa henti. Tapi berapa ramai yang sedar akan hakikat ni.. Jika ditanya punca kejadian ini berlaku.. mesti ada yg jawab berdasarkan teori sains.. tapi tak terfikir sebab-sebab "Sang Pencipta Banjir" tu membanjirkan kawasan tuh.. aku pun tak heran sebab2 nye.. pasal aku maaruf!! coretan kali ni.. bukan laa nk tujukan kepada ahli-ahli mangsa banjir.. tapi kepada seluruh rakyat yang mempunyai bahasa yang sama dan faham dengan coretan ini.. Sekadar membuka minda-minda yang leka.. membangunkan jiwa-jiwa yang kosong.. mengetuk pintu-pintu hati yang masih tertutup.. ini adalah amaran dari Allah.. Pandanglah pada keaadaan negara kita dulu... sebelum kita memandang masalah di negara2 lain.. adakah negara kita sejajar dengan syariat tuhan.. yang kita labelkan sebagai negara islam.. Aku hairan + malu.. geram tapi bisu.. sedih.................!!



Malaysiaku..... Malaysiaku.....


Oh Malaysiaku.. apelaa yg aku nak banggakan ngan ko lagi ek.. KLCC? per laa yg aku leh dapat.. KL Tower?? per laa yang aku leh dapat... Litar F1 Sepang?? lagi xder faedah.. hanya sejarah ko jelaa yang aku banggakan.. antara tapak penyebaran islam yg awal.. tp sekarang?? Ntah laa Malaysia...

Baca paper ari nih.. "Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain". erm.. dibangkitkan pasal martabat budaya melayu.. erm.. Alhamdulillah.. tapi... sipakah melayu yang nak di martabatkan tu? Jika dulu sedia maaruf.. di Malaysia.. Melayu itu islam.. sekarang? Melayu itu ada gak yg non muslim.. seeloknya lepas ni.. cubalah usahakan untuk memartabatkan islam pulak ye.. barulaa tak rasa malu nak mengaku kedaulatan Islam di Malaysia.. aku pun bangga jadi orang Malaysia.. biar nanti aku berpantun " Hujan batu dinegara orang, Hujan emas di negara sendiri.. Negara sendiri lagi BAGUS!!!"

Wahai pembaca budiman.. sedarlah akan tanggungjawab kita yg sebenar.. tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini.. janganlah terbelengu dek tugasan harian kita yg kita rasakan itulah tanggungjawab kita yg sebenar.. Perjuangkanlah apa yang sebenarnya kita perlu perjuangkan.. semarakkanlah semangat yg perlu kita semarakkan.. laksanakanlah tugasan sebenar yang perlu kita laksanakan.. Tunaikan kewajipan diri yang banyak cabangnya.. Fikirkanlah...
posted by Mohd Hafizi @ 9:09 AM  
3 Comments:
  • At 12/22/2006 05:01:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    assalammualaikum fizi...
    akak salah seorg mangsa banjir di JB tuu...mmg sukar dijangka apa yg berlaku...sedey x usah kata la...
    apa pun akk tetap bersyukur kerana famili akk selamat semuanya

     
  • At 12/23/2006 08:19:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Waalaikumussalam.. takziah sis ryn.. alhamdulillah sumer selamat.. syukur pada tuhan seandainya ia ada kaffarah buat mangsa2 tersebut..

     
  • At 2/27/2007 09:16:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    hari ni baru sempat baca artikel ni..semua org terkejut masa banjir besar melanda negeri2 diselatan tanahair kita tempohari. mana tak terkejutnya,bukan sekali,tapi dua kali. dah tu dua2 tu pulak teruk. kesian pada kawan2 dan saudara mara kita di sebelah sana. sementara mereka bersesak2 dlm dewan,pihak2 berkenaan pula tumpang sesak dada dan kepala memikirkan punca2 banjir luar biasa itu. tapi itulah takdir namanya. harapnya lepas ini tak adalah banjir yg kaw-kaw macam tu lagi.. ngeri...!

     
Post a Comment
<< Home