Hanya Tulisan...
Wednesday, November 07, 2007
Assalamualaikum...
Tiada ilham yang datang untuk membolehkan diri ini menulis kerap di ruangan maya ini.. Tiada ilmu yang boleh dikongsi bersama pengunjung² teratak maya ini.. Cuma sekarang sedang sibuk dengan urusan perbaharui visa..
Hari ini genap sudah 15 hari menjadi pedatang haram yang telah tamat tempoh visanya.. urusan yang sebelum ini mudah tiba-tiba menjadi sukar. Barangkali disebabkan kes pembunuhan pelajar malaysia di mansurah pada tahun lepas.. Semua menjadi lebih teliti tetapi membebankan.. lebih membebankan lagi apabila syu'uun kuliah telah biasa disuapkan dengan sejumlah kecil duit, sebatang rokok dan pelbagai material bagi memudahkan urusan kuliah.. Tiada tangan yang menghulur tiadalah urusan yang dibuat.. Melainkan berdiri dan bercakap seorang diri seperti bercakap dengan keldai.. Marah.. Tapi hanya mampu memendam dalam hati..
Yang pastinya semua ini ada himahnya.. Doakanlah diri ini agar sentiasa sabar dalam menghadapi semua dugaan dan dipermudahkan segala urusan...
MOOD : Bad :( |
posted by Mohd Hafizi @ 11:01 PM   |
|
| 1 Comments: |
-
da sebulan visa mati. nk renew x dpt2 lg. mayb next week. arb~
|
| |
| << Home |
| |
|