Assalamualaikum~
Buat teman, sahabat, insan tersayang, keluarga, sanak saudara & pengunjung blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran yang telah saya lakukan samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut serta Mengimarahkan bulan Ramadhan".
Sama-samalah kita ambil kesempatan yang ada ini untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita daripada yang sebelum ini. Seterusnya sama-samalah kita berdoa agar beroleh kekuatan untuk istiqamah dalam beribadah. Mudah-mudahan dengan berkat ibadah yang dikerjakan, kita sama-sama beroleh rahmat dan ganjaran dari Allah di dunia dan akhirat. "Usah bertangguh dalam melakukan amal kebajikan, kerana mati itu tak mengenal usia. Gunalah dunia ini sepenuhnya untuk mencapai kecemerlangan dan kesejateraan di akhirat."
|