 Ya.. Seperti termaktub pada tajuk entry kali ini menghuraikan persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran sesetengah individu a.k.a pengunjung blog ini. "Nape tak update lagi entry baru kat blog??" Maka inilah jawapan yang paling sesuai ----> HIBERNASI. Musim sejuk bertandang lagi. Apa masalahnya? Tiada apa-apa masalah. Cuma saya cepat mengantuk. ALERGI agaknya. Tilam & bantal yang agak empuk serta selimut tebal yang cukup selesa kerap menggoda. Harapnya hal ini tidak berlarutan agar diri ini tidak jadi malas serta lemak tidak berkumpul merata-rata di badan. Oh! Jangan kata saya gemuk! Tinggi saya cuma 180+cm dan beratnya hanya 75 - 80 kg. Normal kan? :DActually, saya juga sedang menaip artikel dan menyiapkan bahan untuk buku teman-teman saya. Semoga dipermudahkan segala urusan. Buat teman-teman di Tanta, "Moh le kite gi kuliah, kelas tafaqquh kat Bait Izzah & Imarah Melayu Saberbay. Pagi-pagi kita gi jogging kat Istad, malam-malam kita pekena pacal lele kat Mat'am Selera Nusantara (Mat'am Indonesia. Ustaz Mulya, Ustaz Nasa & da geng sedia berkhidmat). InsyaAllah tak gemuk kita musim sejuk nih!! Sihat & mantain~"

Beruang Kutub ber'hibernasi' (tiada kaitan dengan penulis)Maka inilah entri untuk kali ini. Merungkai persoalan di kalangan teman-teman sekaligus pengumuman dan pemberitahuan bahawa saya masih hidup. XDOk. Sekian saja. Nak gi tasmi' al-Quran dengan jiran atas rumah, Ustaz Amin. Doakan saya dipermudahkan segala urusan ya! Assalamualaikum~
P/s : Saya suka musim sejuk~
|