Assalamualaikum semua~ Selamat Hari Raya Aidiladha. Kepada sahabat-sahabat yang berada di Makkah, selamat menunaikan ibadah haji. Kepada yang belum menunaikan haji, jom kita pakat niat ramai-ramai tunaikan haji pada tahun akan datang. Sempurnakan rukun Islam ke-5.
HARI RAYA Tahun ni saya menyambut Eildul Adha di Rumah Negeri Sembilan, Kaherah (RNSK). Hajat di hati ingin saja beraya di Tanta seperti tahun-tahun sudah. Adik saya pula SMS, minta saya pulang ke Kaherah (Rindu la tuh.. He he). Katanya mahu berjumpa saya sebelum imtihan. Oh, kebetulan anak didik Dr. Harun Din; Ustaz Tarmizi berada di Kaherah untuk memperkenalkan Perubatan Islam secara terperinci. Orangnya masih muda, baru berumur 22 tahun sudah menjadi perawat yang mantap dan merawat di merata negara. Jadi adik saya minta saya berubat bersama beliau. Sebabnya saya ada kes kena santau semasa di KUSZA dulu. Itu mengikut kata orang yang mengubat saya dulu.Selepas di scan satu badan, alhamdulillah saya bebas dari gangguan makhluk halus dan juga santau.
Banyak juga korban yang dibuat di Rumah Negeri Sembilan tahun ni. Seekor lembu dan enam ekor kambing. Ramai yang turun untuk menolong. Adik-adik baru rajin melapah daging, sampai ada yang cedera. Yang lucunya ada juga yang bermandi darah semasa sembelih kambing. Saya mengaku saya salah pegang. Ha ha.. Sori laa Wak... Dah takdir kamu kena mandi darah kambing hari tuh~ Malamnya, kami rebus tulang buat sup. Malam tu jugalah adik saya ajak makan di luar bersama sepupu saya Fitri. Nak belanja katanya. Makan 1/4 firakh ngan nasi kat Hadharul Maut je pun~ He he.. Tak merasa makan sup tulang tu. Balik rumah pun dah kenyang sangat.
ANAK RAYA Saya dapat anak buah baru. Anak buah ketiga. Lahir sehari lepas hari raya (Selasa 9 Disember 2008 @ 11 Zulhijjah 1429) Sihat tubuh badan, 3.6 Kg. Syed Adam Raiyan bin Syed Abdul Rahim namanya. Ahlan ya habibi~ Sihat selalulah hendaknya~ Tahniah buat Along dan suami. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
P/s:
- Bilik saya dah macam peti sejuk~ Ada sesiapa nak hadiahkan sakhonah??
- Saya nak tukar nama ke Syed Hafizi Iskandar. Boleh ke?? Ha ha..
|