Perokok lebih hina daripada lembu : Nik Aziz
Sunday, March 29, 2009

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Kalau yang berpakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok... adalah lebih hina daripada lembu" -TGNA

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

http://www.bharian.com.my

posted by Mohd Hafizi @ 1:37 AM  
4 Comments:
  • At 3/29/2009 11:34:00 PM, Blogger NoRuLLiSzA eL FaRiSi said…

    lg kalau yg study agama...bukan setakat lembu je...apa la yg ada pd rokok tu...kesan bukan pd mereka je..malah kita yg menghidu lebih teruk...

     
  • At 3/30/2009 01:03:00 PM, Anonymous pakndak said…

    aku dok hisap rokok tak jadi lagi la lembu,heheh. jgn cakap pakai hidung, suks2 kembang suka2 kuncup. Untuk mengsabitkan illah mestilah sama kepada semua orang. Jikalau kesan merokok tidak sama (tidak mengdhabit) maka tidak sah dijadikan illah mudharat itu sebagai illah yang sah disisi syarat.

     
  • At 4/01/2009 04:05:00 AM, Blogger ابن زين الرمباوي said…

    cakap apa pon diorang mmg taknak berenti..cuma kena usaha atas iman dan hati..

     
  • At 4/09/2009 05:44:00 PM, Blogger Noramin Nordin said…

    Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

    Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

    Ini atas beberapa alasan;

    1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
    2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
    3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
    4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
    5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

    Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

     
Post a Comment
<< Home