Jogging & Kung Fu
Saturday, June 20, 2009
KEMBALI BERAKSI
Hampir 3 bulan tidak menulis, rasa seperti satu tempoh yang lama. Hakikatnya tak lama pun. Banyak perkara yang perlu didahulukan selain daripada menulis di blog dalam tempoh hampir 3 bulan ni. Mohon maaf pada pengunjung-pengunjung yang meninggalkan pesanan di chatbox kerana tidak membalas pesanan anda. Alhamdulillah segalanya dah pun selesai. Syukur. . .



JOGGING
Saya mulakan penulisan hari ini dengan bercerita. Berjogging ni dah jadi rutin dalam jadual mingguan saya dan teman serumah (Azril dan Erwan). Biasanya kami berjogging selang sehari. Lokasinya di depan stadium Tanta. Matlamat jogging pastinya untuk membakar lemak-lemak berlebihan di badan yang mencemarkan pemandangan selain daripada menjaga kesihatan. Atas alasan itulah kami berjogging. Oh ya! Sahaja kami berjogging kerana Allah ta'ala~

Nak dijadikan cerita, hari ni saya berjogging seorang diri kerana dua orang teman serumah saya tak dapat turut serta. UZUR. Maka keluarlah saya berjalan kaki seorang diri seawal pagi selepas subuh.

Hari ni berjaya membuat pusingan larian lebih dari biasa. Selalunya 2 pusingan anggaran dalam (2KM), dan pada hari ini berjaya membuat 3 pusingan.

Aksi inilah yang menyebabkan seluar koyak
KUNG FU
Selesai saja jogging, seorang remaja melambai-lambai dan memanggil saya supaya datang kepadanya. Tanpa fikir panjang saya menghampirinya. Rupa-rupanya dia telah perhatikan saya berlari sejak awal lagi. Tidaklah saya menyedarinya kerana asyik mengahayati alunan-alunan MP3 yang saya sumbat di telinga ketika berlari. Kami berkenalan, Dia memperkenal dirinya Muhammad.

Selepas taaruf ringkas, tanpa diminta Muhammad tawarkan diri mengajar saya senaman-senaman tambahan. "Untuk membuang lemak di perut" katanya. Terdiam sejenak. Memandangkan saya tidak mempunyai apa-apa program selepas itu, maka saya turuti saja tawarannya. Lebih kurang 15 minit.

Selesai saja senaman, tanpa diminta lagi Muhammad tawarkan diri untuk mengajar saya kung fu. Katanya lagi dia belajar kungfu di Paris selama 6 tahun. Bila ditanya tentang umurnya, baru 17 tahun. Haha. Layan saja. Dipendekkan cerita, maka berkungfulah kami. Hasilnya, saya dapat ilmu kungfu yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya dan kerana terlalu hebat beraksi, seluar tracksuit saya koyak di kelangkang. Nasib baik seluar tracksuit ni mempunyai 2 lapis. Tak dapat dibayangkan macam mana keadaan saya balik rumah kalau seluar ni hanya selapis saja. Oh, jangan bayangkan. Kemudian kami berjalan kaki pulang ke rumah. Kebetulan rumahnya juga di kawasan Saberbay dan hampir dengan rumah saya. Sepanjang perjalanan Muhammad rancak bercerita tentang kungfunya yang saya sendiri kadang-kadang susah nak faham apa yang diceritanya. Pastinya kerana saya tak berminat untuk tahu.

Sampai di rumah, terus dapat idea untuk menulis. Maka inilah ceritanya untuk penulisan saya kali ini.

Moral :
  1. Jangan jogging seorang diri. BAHAYA.
  2. Jangan belajar kung fu kalau tak mahu badan sakit-sakit dan seluar traksuit anda koyak di bahagian kelangkang.
  3. Apa kejadahnya belajar kung fu?!!
  4. Buat baik berpada-pada.
  5. Saya dah ada kung fu, jangan cuba cari pasal.

posted by Mohd Hafizi @ 8:18 AM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home