Kisah Benar . . .
Monday, August 31, 2009
Hari Jumaat yang lalu lebih kurang jam 5 petang waktu tempatan, berlaku kes tembakan di bangunan rumah saya. Melibatkan dua keluarga iaitu pihak tuan rumah dan penyewa. Saya masih tidak tahu punca kejadian kerana kedua pihak yang terlibat tidak mahu bercerita.
Maka saya bercerita melalui apa yang saya lihat dan dengar.
Selasa lalu (25 Ogos 2009) lebih kurang waktu yang sama (selepas asar) telah mula berlaku pergaduhan dua pihak yang disebut. Saat kejadian, saya sedang tidur dan tidak menyedari akan insiden tersebut. Kawan serumah saya Azril, menceritakan semua ahli keluarga kedua pihak tersebut dilihat bergaduh di depan bangunan rumah. Baik lelaki mahupun perempuan turut sama bergaduh. Dilihat mereka bergaduh menggunakan senjata kayu dan parang. Jiran tetangga semua turun untuk meleraikan pergaduhan. Alahamdulillah tiada kemalangan jiwa, cuma beberapa orang yang tercedera.
Ketika saya dan Azril keluar untuk berbuka puasa di masjid, kami melalui kawasan kejadian dan melihat semua perabot rumah penyewa berselerakan di hadapan bangunan. Pada fikiran saya mungkin mereka sudah dihalau keluar. Ketika pulang dari berbuka puasa, tiada lagi kelihatan perabot berselerakan di hadapan bangunan kediaman kami. Tidak pasti sama ada sudah dipindah ke tempat lain atau dibawa masuk semula ke rumah oleh keluarga penyewa. Selepas itu tiada kejadian lagi berlaku sehingga pada hari Jumaat (28 Ogos 2009).
Ketika waktu kejadian, saya sedang berehat. Tiba-tiba dikejutkan dengan satu das tembakan yang menggemparkan. Tidak lama kemudian 2 das tembakan lagi dilepaskan dan mulalah kedengaran bunyi riuh suara. Saya tidak berani menjenguk ke luar. Cuma berdiam diri di dalam bilik. Sempat saya menulis artikel yang saya postkan sebelum ini. Risau kerana terjadi apa-apa pada diri, saya menghubungi keluarga untuk memaklumkan insiden yang sedang berlaku.
Azril juga sedang tidur dikejutkan dengan bunyi tembakan dan menjenguk ke luar melalui balkoni di biliknya ditingkat 4. Sempat melihat seorang lelaki berkulit hitam dipercayai kerabat tuan rumah terjun ke bawah dari balkoni rumahnya di tingkat 1. Terus menembak ke dalam rumah penyewa melalui tingkap. Ramai jiran yang datang untuk meleraikan. Tetapi sebaik sahaja melihat lelaki tersebut memegang pistol, mereka tidak berani untuk menghampiri. Cuma menjerit dari jauh menenangkan lelaki tersebut. Keadaan benar-benar mencemaskan.
Saya masih berdiam diri di rumah sehinggalah mabahis (polis penyiasat) datang ke rumah. Mereka menyoal identiti saya dan terus menggeledah rumah. Saya percaya mereka cuba mencari ahli keluarga tuan rumah yang melarikan diri. Sempat saya bertanya pada anak perempuan tuan rumah yang mengiringi mabahis tersebut tentang hal kejadian. Dia cuma memberitahu ada pergaduhan di bawah dan ada yang cedera serta telah dihantar ke hospital. Agak sibuk juga saat mabahis menggeledah bangunan rumah. Beberapa kali pintu rumah diketuk dengan kuat. Saya dan rakan cuma mampu melihat dan memberi kerjasama yang seadanya.
Saya meninjau di balkoni bilik, kelihatan beberapa ahli keluarga tuan rumah diangkut ke dalam trak polis. Saat turun ke bawah untuk keluar berbuka puasa, saya lihat pintu rumah penyewa di bawah itu pecah dan berlubang. Saya tertanya-tanya pistol jenis apakah yang diguna sehingga menyebabkan pintu rumah itu menjadi sedemikian rupa. Sehingga kami balik dari masjid, mabahis masih berada di bangunan rumah. Tidak tahu apa yang di cari. Mungkin sedang mencari senjata yang disembunyikan.
Alhamdulillah, keadaan masih tenang sehingga ke hari ini. Saya mohon dengan sangat-sangat tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.
Akhir kata "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" buat semua.
Sekian . . .

 |
posted by Mohd Hafizi @ 6:31 AM   |
|
| 3 Comments: |
-
alhmdulillah acik xde pape.. ni kali ke 2 dgr balik perkataan mabahis tu.. sblm ni baca dlm novel ayat2 cinta n ketika cinta bertasbih je..huhu
-
Alhamdulillah.... Haaa... Mujur xkena tahan dek mabahis tu untuk soal siasat..
-
merdeka.. merdeka.. merdeka.. hendaklah merdeka dr plbagai segi.. :D
salam ramadhan n beribadah di malam2 akhir ramadhan.. mg bertemu kita dgn malam yg lebih baik min alfi syahar.. insAllah
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|