Seruan Mufti Negeri Sembilan
Sunday, December 02, 2007
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wa Barakaatuh,
Pada 7 Mac 2006 Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Murtadza bin Hj Ahmad telah mengeluarkan pekeliling rasmi JMKNNS(01)209/705/1Jl4(85) kepada semua umat Islam di Negeri Sembilan agar mengamalkan doa zikr khas seperti yang berikut... Selepas setiap solat fardhu.
Memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negeri ini sejak mutakhir ini, secara peribadi saya menyokong sepenuhnya agar semua umat Islam di Negeri Sembilan mengamalkan zikr ini.
Kaifiatnya atau cara amalannya ialah :
- Membaca ayat 85-86 Surah Yunus sebanyak 7 kali selepas solat Fardhu
- Membaca ayat 255 Surah Al Baqarah (ayat Qursi) sekali selepas solat Fardhu
Untuk mendapatkan salinan surat pekeliling rasmi ini sila hubungi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di talian :- 06-7652425 , 06-7652426
Segala yang baik datang daripada Nya..
Wa Allahu a'lam...Labels: Doa |
posted by Mohd Hafizi @ 12:41 PM   |
|
|