Doa Hindar Wabak Penyakit
Friday, August 14, 2009
Doa Selamat Dari Penyakit
Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar


Labels:

posted by Mohd Hafizi @ 5:06 AM   0 comments
Tawakkal
Wednesday, March 12, 2008

Doa Tawakkal


Sekadar ingin berkongsi dengan sumer pengunjung page Fizi Online hanya secebis doa yang selalu menjadi amalan dalam sumer keadaan yang mengharapkan hasil yang paling ahsan selepas didahulukan dengan doa dan usaha yang gigih. ketika memandu atau apa jua keadaan yang mengharapkan peliharaan Allah juga turut boleh diamalkan doa ini.

Labels:

posted by Mohd Hafizi @ 12:55 PM   0 comments
Seruan Mufti Negeri Sembilan
Sunday, December 02, 2007
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wa Barakaatuh,

Pada 7 Mac 2006 Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Murtadza bin Hj Ahmad telah mengeluarkan pekeliling rasmi JMKNNS(01)209/705/1Jl4(85) kepada semua umat Islam di Negeri Sembilan agar mengamalkan doa zikr khas seperti yang berikut... Selepas setiap solat fardhu.

Memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negeri ini sejak mutakhir ini, secara peribadi saya menyokong sepenuhnya agar semua umat Islam di Negeri Sembilan mengamalkan zikr ini.

Kaifiatnya atau cara amalannya ialah :
  1. Membaca ayat 85-86 Surah Yunus sebanyak 7 kali selepas solat Fardhu
  2. Membaca ayat 255 Surah Al Baqarah (ayat Qursi) sekali selepas solat Fardhu

Untuk mendapatkan salinan surat pekeliling rasmi ini sila hubungi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di talian :- 06-7652425 , 06-7652426

Segala yang baik datang daripada Nya..

Wa Allahu a'lam...

Labels:

posted by Mohd Hafizi @ 12:41 PM   0 comments
Doa dari Ayah
Saturday, May 19, 2007
Ya Allah,
Tenangkanlah hati dan lapangkanlah fikiranku.
Mudahkanlah aku menerima, memahami dan menghafal semua pelajaranku.
Kuatkanlah ingatanku dan kekalkanlah ia dalam mindaku.

Ya Allah,
tenangkanlah hatiku menghadapi peperiksaan,
dapatlah aku menjawab semua soalan peperiksaan dengan tepat, cepat & memuaskan hati pemeriksa serta berilah aku kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Ya Allah,
Mahirkanlah aku menguasai bahasa arab secara tulisan dan lisan serta fasihkanlah lidahku bertutur bahasa arab fusha dan 'ammi.

Ya Allah,
kurniakanlah aku rezeki yang halal & berkat dengan melimpah ruah & lindungilah diriku zahir & batin daripada segala bahaya, 'aib & penyakit.

Labels:

posted by Mohd Hafizi @ 10:54 PM   0 comments